KWSP Awareness
4 Fakta Membimbangkan Mengenai Simpanan KWSP:
- 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000.
- Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909.
- Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam 'umur bekerja' iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif.
- 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.
Mempelbagaikan Aset KWSP
KWSP diwujudkan pada tahun 1952 dan kini merupakan skim pencen yang ketujuh terbesar di dunia. Pada mulanya KWSP dipaksa membeli bon kerajaan yang memberi pulangan yang sedikit, dengan memberi kerajaan sumber dana yang diperlukan. Dan pada tahun 2015, aset pelaburan KWSP berada pada RM685 bilion, selepas berkembang 10% setahun sejak 15 tahun yang lalu.Sejak tahun 80-an, KWSP telah mula mengorak langkah untuk membeli aset yang lebih berisiko tetapi memberi pulangan yang lebih tinggi. Begitu juga halnya dengan pelaburan KWSP di luar negara, dengan hartanah di Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, China dan Australia.
Kemudiannya, KWSP dibenarkan untuk menjadi pemegang saham terbesar, malah menjadi pengendali perniagaan; lebih daripada hanya sebagai pelabur pasif syarikat. Pegangan dalam pelaburan ekuiti telah meningkat, pelaburan langsung ke dalam industri hartanah dan infrastruktur seperti pegangan 49% ke atas lebuhraya PLUS yang menelan belanja sebanyak RM9 bilion pada tahun 2011.
Terkini, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.7% pada tahun 2016 kepada 14.72 juta akhli dengan jumlah bayaran sebanyak RM73.2 bilion. Pendapatan kasar pada tahun 2015 adalah RM44.2 bilion, dengan pelaburan tempatan sebanyak 52% dan pelaburan luar negara sebanyak 48% menyumbang hampir sama banyaknya.

0 comments:
Post a Comment